Kenaikan aras laut
Kenaikan aras laut

Kenaikan aras laut

Pengukuran air pasang surut menunjukkan bahawa kenaikan aras laut bermula sejak permulaan abad ke-20. Dari 1900 ke 2017, aras laut purata Bumi meningkat sebanyak 16–21 cm (6 1⁄2–8 1⁄2 in).[1] Data dari pengukuran radar satelit pula menujukkan kenaikan pantas sebanyak 7.5 cm (3 in) dari 1993 ke 2017,[2]:1554 dengan purata kenaikan sebanyak 31 mm (1 1⁄4 in) sedekat. Kepantasan ini berlaku secara umumnya akibat perubahan iklim, termasuk pemanasan laut dan pencairan kepingan ais dan glasier.[3] Antara 1993 dan 2018, pengembangan haba air membawa kepada 42% kenaikan aras laut; pencairan glasier sederhana pula 21%, Greenland pula 15%, dan pencairan Antartika pula 8%.[2]:1576 Saintis iklim menjangka kepantasan kenaikan akan meningkat pada abad ke-21, dengan ukuran terkini menetapkan kadar kenaikan pada 3.6 mm setahun.[4]:62[5]Peramalan kenaikan aras laut mendatang adalah sukar akibat kerumitan aspek-aspek sistem iklim serta pemasaan perkaitan perubahan suhu Bumi dengan ketinggian aras. Pada 2007, Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim menjangka kenaikan maksimum 60 cm (2 ka) pada 2099,[6] tetapi menaikkan nilai itu kepada 90 cm (3 ka) pada 2014.[7] Sebilangan kajian lanjut mengesahkan kenaikan sebanyak 200–270 cm (6 ka 7 in–8 ka 10 in) pada abad ini dapat diterima akal.[8][2][9] Suatu ramalan jangkaan masa panjang ialah setiap kenaikan suhu Bumi sebanyak satu darjah Celsius membawa kepada kenaikan aras laut sebanyak 2.3 meter sepanjang dua alaf (2,000 tahun): suatu contoh inersia iklim.[1] Pada Februari 2021, suatu kajian terbitan Ocean Science berpendapat bahawa ramalan Panel lebih berkemungkinan bersifat konservatif, bererti bahawa aras laut akan menaik lebih tinggi daripada ramalan.[10]Walaupun begitu, aras laut tidak meningkat secara sekata di seluruh Bumi, malah menjadi lebih rendah di sesetengah tempat seperti di Artik.[11] Faktor-faktor naik turun aras laut di satu kawasan termasuk kesan tektonik serta penenggelaman tanah, pasang surut dan ribut. Kawasan kepulauan dan pesisir menerima tempias paling ketara berikutan kenaikan aras laut.[12] Kebanjuran pesisir yang meluas dijangka berlaku dengan kenaikan suhu sebanyak beberapa darjah.[13] Kesan-kesan lanjut termasuk banjir taufan serta tsunami yang lebih tinggi, sesaran penduduk, kehilangan atau kerosakan tanah pertanian serta kerosakan petempatan.[14][15][16] Kelompok makhluk seperti ikan, burung dan tumbuhan turut terjejas akibat kehilangan habitat.[17]